Draf MVP (versi 2026-10-17) — perlu semakan peguam. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (pindaan 2024).
Pemilik homestay: nama, emel, kata laluan (dicincang), nama homestay, nombor WhatsApp, waktu check-in/checkout dan templat mesej. Unit: alamat, pautan peta, arahan masuk, kod pintu / tempat kunci, WiFi, parking, house rules, senarai checkout, tempat berdekatan, pautan review dan gambar pintu masuk (jika dimuat naik). Tetamu (bagi pihak pemilik): nama, nombor WhatsApp, bilangan tetamu, tarikh, sumber tempahan, jumlah dan status deposit (dengan sebab jika ditahan), nama dan masa tetamu bersetuju dengan house rules, senarai checkout yang ditanda, nota checkout, gambar checkout, dan masa pautan dibuka / butang review ditekan.
Bagi data tetamu, pemilik homestay ialah pengguna data (data user) dan CheckInLah memprosesnya bagi pihak mereka sahaja. Kami tidak menjual atau berkongsi data untuk pemasaran.
Data disimpan di Cloudflare (D1 untuk rekod, R2 untuk gambar). Gambar adalah peribadi: gambar checkout hanya boleh dibuka oleh pemilik yang log masuk dan melalui pautan tempahan tetamu itu sendiri. Pautan tempahan menggunakan token rawak yang sukar diteka, boleh ditukar oleh pemilik dan terus tidak sah apabila tempahan atau unit dipadam. Kod pintu hanya dihantar kepada pautan tempahan, pada hari check-in selepas tetamu bersetuju dengan house rules; QR panduan awam tidak pernah memaparkannya. Gambar checkout dan rekod tetamu disimpan sehingga pemilik memadam tempahan, unit atau akaun; notifikasi dalam aplikasi dipadam selepas 90 hari.
Pautan tempahan (/g/…) dan QR panduan (/u/…) tidak menetapkan kuki dan tidak memuatkan sebarang alat pengukuran atau iklan (tiada Meta Pixel, Google Analytics, Microsoft Clarity atau PostHog). Senarai checkout yang belum dihantar disimpan sementara dalam storan pelayar tetamu sendiri (cl_co_…) dan dipadam selepas dihantar.
Bayaran langganan diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad; kami hanya menyimpan rujukan pelanggan/langganan Stripe, rekod invois dan cap jari kad daripada Stripe (bukan nombor kad) untuk mengesan rujukan sendiri. CheckInLah tidak memproses deposit atau bayaran tempahan tetamu.
Jika anda menyertai Program Rujukan, kami menyimpan kod rujukan anda, bilangan klik (satu setiap alamat IP sehari; IP tidak disimpan lebih daripada sehari), rujukan anda, komisen, dan butiran bayaran yang anda masukkan (nama pemegang akaun, bank, nombor akaun). Pautan rujukan menetapkan kuki cl_ref selama 30 hari untuk mengaitkan pendaftaran dengan kod itu. Affiliate hanya melihat nama perniagaan yang disamarkan bagi pemilik yang dirujuk. Jika anda memadam akaun, butiran bayaran anda dipadam dan hanya rekod perakaunan minimum (jumlah, tarikh, rujukan pindahan) disimpan; lihat Terma Program Rujukan.
Hanya jika anda tekan Terima pada notis kuki, laman utama dan skrin pendaftaran memuatkan Meta Pixel (Meta Platforms) untuk mengukur iklan: paparan laman utama, pendaftaran dihantar, dan emel disahkan. Kami tidak menghantar nama, emel, data tetamu atau data akaun dalam acara ini, dan Pixel tidak dimuatkan pada halaman tetamu atau semasa anda menggunakan aplikasi. Pilihan anda disimpan dalam kuki cl_consent selama 180 hari; tukar bila-bila masa melalui “Tetapan kuki” di bahagian bawah laman utama.
Jika diaktifkan, dan hanya jika anda tekan Terima, laman utama dan skrin pendaftaran memuatkan Google Analytics 4 (Google) untuk mengira lawatan, klik butang "Cuba percuma", pendaftaran dan pengesahan emel. Kami tidak menghantar nama, emel, data akaun atau data tetamu, dan Google Analytics tidak dimuatkan semasa anda menggunakan aplikasi selepas log masuk atau pada halaman tetamu. Google Analytics menetapkan kukinya sendiri (_ga).
Jika diaktifkan, dan hanya jika anda tekan Terima, laman utama (bukan skrin pendaftaran, aplikasi atau halaman tetamu) memuatkan Microsoft Clarity untuk melihat cara pelawat menatal dan menekan pada laman kami. Teks yang anda taip disembunyikan dan tidak direkod. Clarity menetapkan kukinya sendiri.
Untuk faham ciri mana yang membantu, pelayan kami menghantar rekod penggunaan ringkas ke PostHog (rantau EU), contohnya "unit ditambah", "tempahan ditambah", "tetamu setuju house rules" atau "pelan dibayar", dikaitkan hanya dengan ID akaun dalaman pemilik. Kami tidak menghantar nama, emel, nombor telefon, kod pintu, data tetamu atau butiran tempahan, dan PostHog tidak menetapkan sebarang kuki pada peranti anda atau tetamu anda.
Apabila pemilik akaun baharu mendaftar dan mengesahkan emel, pelayan kami memberitahu Meta bahawa satu pendaftaran berlaku. Kami hanya menghantar cincangan sehala (hash) emel dan ID akaun, alamat IP dan jenis pelayar, dan jika anda datang dari iklan Meta, ID klik iklan (disimpan dalam kuki pihak pertama cl_fbclid selama 7 hari). Kami tidak pernah menghantar nama, kata laluan, data perniagaan atau data tetamu. Jika anda tekan Tolak pada notis kuki, laporan ini tidak dihantar dan ID klik iklan dipadam.
Pemilik boleh mengeksport rekod tempahan (CSV), memadam tempahan atau unit (termasuk gambar), dan memadam keseluruhan akaun pada bila-bila masa. Tetamu boleh menghubungi pemilik homestay untuk akses atau pembetulan data. Data yang dipadam tidak lagi boleh diakses melalui aplikasi; pemadaman fail diselesaikan selepas transaksi atau dicuba semula jika tergendala. Salinan sandaran dan rekod pembayaran yang disimpan oleh Stripe tidak dipadam serta-merta bersama akaun dan tertakluk kepada dasar penyimpanan masing-masing. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Miracle Mikhael Enterprise — hello@checkinlah.com