Log masuk
Percuma · tanpa daftar

Alat percuma untuk pemilik homestay & Airbnb

Dua alat ringkas untuk kerja yang tuan rumah buat setiap minggu. Semuanya berjalan dalam pelayar anda; isian tidak dihantar ke mana-mana.

📋 Penjana peraturan homestay

Tanda peraturan biasa (rokok, haiwan, waktu senyap, deposit, check-in/out), tambah sendiri. Salin untuk WhatsApp atau cetak A4.

Buka alat →

💬 Penjana mesej check-in WhatsApp

Alamat, pautan Waze & Google Maps, masa check-in, cara masuk, WiFi dan parking dalam satu mesej. Salin atau buka di WhatsApp.

Buka alat →

Untuk siapa alat ini?

Untuk tuan rumah yang urus sendiri satu atau beberapa unit homestay atau Airbnb, dan masih jawab soalan yang sama dalam WhatsApp: rumah kat mana, masuk pukul berapa, kunci ambil macam mana, password WiFi apa. Isi borang sekali, dapat teks Bahasa Melayu yang kemas untuk disalin ke WhatsApp atau dicetak dan ditampal dalam rumah.

Kedua-dua alat percuma sepenuhnya, tanpa akaun dan tanpa had. Isian anda disimpan dalam pelayar ini sahaja supaya tak hilang bila anda buka semula; tiada apa-apa dihantar ke pelayan kami. Setiap halaman juga ada contoh lengkap dan soalan lazim kalau anda cuma nak tengok contoh dulu.

Masih taip semua ni dalam WhatsApp setiap tempahan?

Baca perbandingan jujur kami: CheckInLah vs hantar mesej WhatsApp manual, termasuk bila cara manual sudah cukup. Masih memilih sistem? Lihat 7 pilihan sistem self check-in homestay 2027. Kalau anda mahu satu pautan untuk setiap tempahan, dengan kod pintu yang hanya keluar pada hari check-in, lihat CheckInLah (cuba percuma 7 hari, tiada kad kredit).