Alat percuma

CheckInLah › Perbandingan

CheckInLah vs hantar mesej WhatsApp manual

Jawapan ringkas: kalau anda ada satu unit dan sedikit tempahan, WhatsApp manual sudah cukup. CheckInLah membantu bila anda penat taip maklumat sama setiap tempahan, mahu kod pintu hanya keluar pada hari check-in, dan mahu rekod tetamu setuju house rules serta gambar checkout untuk deposit.

Dikemas kini

Perbandingan ringkas

WhatsApp manualCheckInLah
KosPercumaDari RM39 sebulan; 7 hari percuma, tiada kad kredit
Maklumat check-inTaip atau salin setiap tempahanSatu pautan setiap tempahan: arahan masuk, peta, WiFi, parking, house rules, kedai berdekatan
Kod pintuDihantar bila anda hantar; kekal dalam chatKeluar pada hari check-in dari jam yang anda tetapkan, selepas tetamu setuju house rules; ditutup selepas checkout
House rulesDihantar; tiada bukti dibacaTetamu setuju dengan nama penuh, masa direkod
Mesej WhatsAppTaip sendiriTemplat satu tekan (sebelum tiba, hari masuk, checkout, review); anda tetap tekan hantar
Checkout & depositGambar bersepah dalam chatTetamu tanda senarai checkout + gambar; anda rekod deposit dipulang atau ditahan dengan sebab
Panduan dalam rumahKertas yang anda buat sendiriQR panduan untuk dicetak: WiFi, rules, senarai checkout (tiada kod pintu)
Tempahan Airbnb / BookingTiada kaitanTidak masuk sendiri; anda masukkan tempahan (amaran jika tarikh bertindih)
Tetamu perlu app?Tidak (WhatsApp sahaja)Tidak (pautan dibuka dari WhatsApp, tiada log masuk)

Bila WhatsApp manual sudah cukup

Kami jujur: anda tak perlu sistem untuk setiap homestay. WhatsApp manual sudah memadai jika:

Untuk kes ini, simpan satu templat mesej yang lengkap. Guna penjana mesej check-in dan penjana peraturan homestay kami, percuma.

Bila CheckInLah lebih masuk akal

CheckInLah tidak memegang deposit atau wang tetamu; deposit hanya direkod. Anda pulangkan sendiri melalui bank / DuitNow.

Soalan lazim

CheckInLah hantar mesej WhatsApp secara automatik?

Tidak. CheckInLah sediakan templat mesej yang siap ditulis (sebelum tiba, hari masuk, checkout, minta review); anda tekan hantar dari WhatsApp anda sendiri.

Tetamu perlu install app?

Tidak. Tetamu dapat satu pautan dalam WhatsApp dan buka di telefon, tanpa log masuk.

Tempahan Airbnb atau Booking.com masuk sendiri?

Tidak buat masa ini. Anda masukkan tempahan sendiri: nama tetamu, no. WhatsApp dan tarikh. Sistem beri amaran jika tarikh bertindih.

Berapa kos CheckInLah berbanding WhatsApp?

WhatsApp manual percuma. CheckInLah bermula RM39 sebulan (Asas, sehingga 3 unit) atau RM79 sebulan (Pro, sehingga 10 unit), dengan 7 hari percubaan tanpa kad kredit.

Bila WhatsApp manual sudah cukup?

Bila anda ada satu unit, tempahan sedikit setiap bulan, dan anda sendiri serah kunci atau sentiasa boleh dihubungi. Dalam keadaan itu, templat mesej yang baik sudah memadai.